WASHINGTON, 20 Jun (Bernama-dpa) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan membuat keputusan mengenai penyertaan AS dalam serangan Israel terhadap Iran dalam masa dua minggu, kata jurucakap Rumah Putih Karoline Leavitt pada Khamis.
Leavitt berkata, Trump percaya terdapat “kemungkinan besar untuk rundingan yang mungkin atau tidak mungkin berlaku dengan Iran dalam masa terdekat”, yang boleh mengelakkan penglibatan Amerika Syarikat secara langsung dalam konflik itu, lapor agensi berita Jerman (dpa).
“Tiada siapa patut terkejut dengan pendirian presiden bahawa Iran sama sekali tidak boleh memiliki senjata nuklear. Beliau telah menyatakan perkara ini secara tegas selama beberapa dekad,” katanya lagi dalam kenyataan di Washington.
Leavitt turut mengesahkan bahawa komunikasi antara Amerika Syarikat dan Tehran masih berlangsung ketika konflik memuncak, susulan serangan yang dilancarkan Israel ke atas Tehran pada Jumaat lalu.
-- BERNAMA-dpa