AM

KPT TERUS PANTAU KEBERADAAN PELAJAR DI IRAN

19/06/2025 06:28 PM

LANGKAWI, 19 Jun (Bernama) -- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan terus memantau keberadaan pelajar Malaysia yang masih berada di Iran bagi memastikan keselamatan mereka.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata setakat ini KPT telah mengenal pasti tujuh pelajar masih berada di sana dan jumlah sebenar masih belum dapat dipastikan kerana pelajar berkenaan pergi atas tajaan sendiri.

"Kita akan pantau dan unit kita bekerjasama dengan Kementerian Luar Negeri. Setakat apa kita dapati sewaktu saya berada di Iran beberapa minggu lalu ada tujuh pelajar.

"Walaupun tak mendaftar dengan kita (KPT), sebagai rakyat Malaysia kita kena prihatin dan memastikan keberadaan mereka, kita akan pantau," katanya pada sidang media selepas Sidang Meja Bulat Menteri Pendidikan Tinggi ASEAN di sini, hari ini.

Semalam KPT mengarahkan semua pelajar Malaysia yang masih berada di Iran supaya segera meninggalkan negara itu susulan peningkatan konflik di rantau tersebut.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapha Sakmud dilaporkan berkata pelajar Malaysia didapati berada di Qom dan Isfahan.

-- BERNAMA


 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan