AM

MCMC SIASAT VIDEO PIJAK GAMBAR JALUR GEMILANG DI TIKTOK - FAHMI

29/05/2025 09:28 PM

TOKYO, 29 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah memulakan siasatan terhadap video siaran langsung di aplikasi TikTok yang memaparkan individu memijak gambar Jalur Gemilang.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata kerajaan tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang mempersenda dan menghina Jalur Gemilang yang menjadi lambang kedaulatan, perpaduan serta identiti negara.

"Tindakan tegas akan diambil," katanya kepada Bernama sejurus tiba di sini pada Khamis.

Fahmi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita petang ini bagi menghadiri Asia-Pacific Telecommunity Ministerial Meeting (APT-MM) 2025 yang dijadual berlangsung dari 30 hingga 31 Mei 2025 di sini. 

Menurut laporan portal berita tempatan, video siaran langsung itu didakwa distrim dari Sri Lanka serta berada dalam talian selama lebih empat jam, yang turut dipercayai menjadi medan perang siber antara pengguna di Malaysia dan Sri Lanka. 

-- BERNAMA

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan