AM

Perak Sasar 500 Atlet Sertai Olahraga Olimpik Khas ID

26/06/2026 09:44 PM

IPOH, 26 Jun (Bernama) -- Seramai 500 atlet kurang upaya intelektual (ID) berusia antara lapan hingga 16 tahun disasarkan menyertai Kejohanan Olahraga Olimpik Khas ID Terbuka Perak 2026 yang akan berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat, di sini, pada 11 Julai ini.

Pengerusi Persatuan Penggerak Rekreasi Sejahtera Ipoh (PPRSI) R.Shanker berkata kejohanan julung kali itu dianjurkan dengan kerjasama Hospital Pakar Komuniti Perak (PCSH), Persatuan Olimpik Khas Perak dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak.

“Selain kontinjen dari seluruh Perak, kita turut menerima penyertaan daripada empat negeri iaitu Pahang, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Putrajaya,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata kejohanan itu mempertandingkan acara 100 meter (m), lompat jauh, lontar peluru dan lari berganti-ganti 4x100m bagi kategori kurang upaya intelektual.

Katanya bagi kategori kurang upaya intelektual dengan fizikal rendah pula, acara yang dipertandingkan ialah 50 meter, lompat berdiri dan lontar bola sofbol.

“Penyertaan adalah percuma dan tarikh tutup pendaftaran ditetapkan pada 5 Julai ini.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2573514