EKONOMI

Vestland Peroleh Kontrak RM135 Juta Daripada Golden Armani

26/06/2026 05:57 PM

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Vestland Bhd, Vestland Resources Sdn Bhd (VRSB) menerima surat lantikan daripada Golden Armani Sdn Bhd (GASB) untuk melaksanakan kerja-kerja struktur atas bagi kontrak berjumlah RM135 juta. 

Vestland dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata kerja-kerja struktur atas itu merangkumi satu blok kilang berstrata sembilan tingkat dan kemudahan berkaitan di Klang.

Dalam pada itu, Vestland yang terlibat terutamanya dalam pembinaan bangunan kediaman dan bangunan bukan kediaman menerusi VRSB berkata skop kerja di bawah kontrak itu melibatkan reka bentuk, kelulusan, pembinaan, penyiapan, pengujian dan pentauliahan kerja-kerja struktur atas. 

“Kerja-kerja kontrak dijangka siap dalam tempoh 36 bulan dari tarikh permulaan, yang akan dimaklumkan kemudian oleh GASB,” tambahnya. 

Menurut Vestland, kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan sepanjang tempoh kontrak. 

-- BERNAMA

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2573391