DUNIA

Xi Seru Perkasa Pembangunan Terselaras Antara Wilayah

18/06/2026 01:43 PM

BEIJING, 18 Jun (Bernama-CMG) -- Presiden China Xi Jinping menyeru usaha berterusan bagi memperkasa pembangunan terselaras antara wilayah, serta memastikan kemajuan terus dilakar dalam usaha mewujudkan kemakmuran bersama.

Beliau membuat kenyataan itu menerusi arahan kerja berhubung usaha sama yang konsisten antara wilayah timur dan barat China.

Xi berkata sepanjang tiga dekad lepas, kerjasama antara wilayah timur dan barat memainkan peranan penting dalam membantu membasmi kemiskinan dan menggalakkan pembangunan terselaras.

Tahun ini menandakan tahun pertama pelaksanaan mekanisme bantuan berkala.

Xi turut menekankan keperluan untuk merumus dan menimba pengalaman daripada kerjasama melibatkan provinsi Fujian di timur China dengan Wilayah Autonomi Hui Ningxia di barat laut negara itu, selain menambah baik kaedah kolaborasi serta memperluas bidang kerjasama.

Beliau berkata usaha harus dipergiat bagi mewujudkan kesalinglengkapan industri antara wilayah timur dan barat, merancakkan pertukaran kakitangan, meningkatkan pembelajaran bersama dalam teknologi serta berkongsi idea, sehingga mencapai situasi menang-menang dan kemakmuran bersama.

-- BERNAMA-CMG

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2569843