AM

Dua Anggota Tentera Maut Terkena Letupan Bom Ketika Latihan Di Kedah

16/06/2026 07:12 PM

GURUN, 16 Jun (Bernama) -- Dua anggota tentera maut dipercayai terkena letupan bom ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Kem Hobart di sini, hari ini.

Kedua-dua mangsa, termasuk seorang anggota wanita dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya menerima maklumat insiden pada 12.30 tengah hari tadi.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian tersebut dalam masa terdekat.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2569139