BEIJING, 15 Jun (Bernama-CMG) -- China berjaya mencapai pembangunan pesat menerusi perancangan jangka panjang, sekali gus menjadi model kepada negara lain dalam usaha merealisasikan transformasi.
Perkara itu dinyatakan Speaker Parlimen Georgia Shalva Papuashvili dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG).
Beliau berkata sebagai negara yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Georgia akan memanfaatkan kedudukannya sebagai hab logistik Eurasia untuk memperkukuh kerjasama dengan China dalam bidang logistik, infrastruktur dan perdagangan.
Menyentuh mengenai aspek perundangan, Papuashvili berkata pencapaian China dalam bidang itu benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, selain membantu menjana pembangunan ekonomi.
Beliau turut menghargai dasar luar damai yang diamalkan China serta konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Menurut Papuashvili, Georgia merancang untuk membangunkan sebuah universiti hal ehwal luar dan berharap dapat menimba pengalaman daripada China dalam usaha melahirkan bakat diplomasi.
Beliau mengetuai delegasi Georgia dalam rangka lawatan ke China dari 18 hingga 20 Mei, sempena ulang tahun ke-34 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
-- BERNAMA-CMG