PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Tinggi

12/06/2026 07:31 PM

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, mencerminkan prestasi pasaran tunai pendasar. 

Kontrak Jun 2026, Julai 2026 dan September 2026 masing-masing meningkat 11.5 mata kepada 1,689.5, 1,692.0 dan 1,675.5, manakala Disember 2026 menambah 11 mata kepada 1,673.0.

Jumlah dagangan susut kepada 6,507 lot daripada 7,499 lot, manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 31,623 kontrak daripada 33,810 kontrak sebelumnya. 

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.10 mata atau 0.24 peratus kepada 1,683.63 berbanding 1,679.53 ketika ditutup pada Khamis. 

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2567875