PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

10/06/2026 10:59 AM

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Rabu, menjejaki prestasi pasaran tunai asas yang diniagakan meningkat.

Pada 9.34 pagi, kontrak Jun 2026 dan Julai 2026 masing-masing meningkat lapan mata kepada 1,677.0 dan 1,679.0, September 2026 naik 8.5 mata kepada 1,660.5 manakala Disember 2026 menokok 5.5 mata kepada 1,659.

Jumlah dagangan sebanyak 2,053 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 29,679 kontrak.

Pada 9.53 pagi, FBM KLCI melonjak 6.62 mata kepada 1,682.12 berbanding 1,675.5 ketika ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2566817