KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Khamis.
Jun 2026 kekal pada 1,678; Julai 2026 dan Disember 2026 masing-masing naik satu mata kepada 1,680.5 dan 1,662.0 manakala September 2026 susut 1.5 mata kepada 1,661.0.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 7,499 lot daripada 9,044 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka turun kepada 33,810 kontrak daripada 35,238 kontrak,
Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 0.57 mata untuk ditutup tinggi sedikit kepada 1,679.53 daripada 1,678.96 ketika ditutup semalam.
-- BERNAMA