EKONOMI

Muhibbah Peroleh Kontrak Terminal Regasifikasi Lng Bernilai RM300 Juta Di Lumut

08/06/2026 08:26 PM

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Muhibbah Engineering (M) Bhd (Muhibbah) memperoleh kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM300 juta daripada Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd (LMTSB).

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat pembinaan itu berkata kontrak itu adalah untuk EPCC struktur marin dan kerja-kerja sampingan Regasifikasi LNG 3 (RGT3), di Terminal Maritim Lumut 2 (LMT2) di Manjung, Perak.

Menurut Muhibbah, ia menerima surat lantikan daripada LMTSB pada 15 Mei 2026, dengan kontrak bermula pada Mei 2026 dan tarikh siap pada 1 Julai 2028. 

“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan sepanjang tempoh kontrak bagi tahun kewangan semasa dan seterusnya,” tambahnya. 

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2566209