DUNIA

Menteri Dalam Negeri Pakistan Ke Tehran Bincang Hubungan Dua Hala, Perkembangan Serantau

07/06/2026 08:47 AM

TEHRAN, 7 Jun (Bernama-IRNA) -- Menteri Dalam Negeri Pakistan Mohsin Naqvi tiba di Tehran untuk lawatan rasmi bagi mengadakan perbincangan peringkat tinggi dengan pegawai Iran selaras dengan usaha berterusan Islamabad menjadi pengantara antara Iran dan Amerika Syarikat.

Menurut Agensi Berita Republik Islam (IRNA), Naqvi tiba di Tehran pada Sabtu dan dijadual mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa Iran, termasuk Menteri Luar Abbas Araghchi.

Sebelum berlepas ke Tehran, Naqvi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dan menerima arahan berhubung rundingan yang sedang berlangsung antara Tehran dan Washington.

Dalam tempoh 48 jam lalu, Naqvi telah mengadakan dua kali pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Iran Eskandar Momeni di luar persidangan antarabangsa yang berlangsung di Kyrgyzstan.

-- BERNAMA-IRNA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2565553