SUKAN

Ahmad Zahid Ucap Tahniah Kepada Hakim Danish

31/05/2026 11:18 PM

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli yang meraih podium pada Grand Prix Itali di Litar Mugello, hari ini. 

Menerusi hantaran di Facebook, beliau menyifatkan kejayaan dikecapi pelumba negara itu cukup bermakna apabila Malaysia kembali menaiki podium Moto3 di pentas Grand Prix selepas hampir sedekad.

“Luar biasa! Tahniah kepada Hakim Danish Ramli atas kejayaan meraih tempat ketiga dalam perlumbaan GP Itali di Litar Mugello hari ini,” katanya. 

Ahmad Zahid berharap pencapaian itu akan menjadi pemangkin kepada Muhammad Hakim Danish untuk terus melakar kejayaan lebih cemerlang pada masa hadapan serta mengharumkan nama negara di persada dunia.

Kejayaan diperoleh hari ini merupakan podium pertama buat pelumba berusia 18 tahun itu selepas tujuh perlumbaan musim ini.

-- BERNAMA

 

 

KEYWORDS
     
RELATED NEWS
MORE NEWS
© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2563408