DUNIA

Rakyat Malaysia Disahkan Maut Dalam Insiden Bangunan Runtuh Di Filipina

24/05/2026 10:15 PM

MANILA, 24 Mei (Bernama-Xinhua) -- Seorang rakyat Malaysia yang terperangkap di sebuah hotel apartmen berhampiran bangunan runtuh di Bandar Angeles, Pampanga, utara Filipina, disahkan meninggal dunia, menurut media tempatan pada Ahad, lapor Xinhua.

Seramai 26 individu berjaya diselamatkan selepas sebuah bangunan sembilan tingkat yang sedang dalam pembinaan runtuh awal Ahad di Bandar Angeles.

Dua puluh empat orang dikeluarkan dari struktur bangunan yang runtuh itu, manakala dua lagi diselamatkan dari hotel apartmen berhampiran yang turut terjejas akibat insiden berkenaan.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2561087