PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

22/05/2026 10:46 AM

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini. 

Pada 10.11 pagi, kontrak Mei 2026 dan Jun 2026, masing-masing meningkat 5.0 mata kepada 1,717.0 dan 1,716.0, September 2026 menambah 7.0 mata kepada 1,700.0 dan Disember 2026 naik 6.0 mata kepada 1,700.0.

Jumlah dagangan sebanyak 2,191 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 33,363 kontrak.

Pada 10.18 pagi, FBM KLCI meningkat 4.67 mata kepada 1,713.03 daripada 1,708.36 semasa ditutup semalam. 

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2560161