PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

20/05/2026 10:38 AM

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah di Bursa Malaysia Derivatives hari ini sejajar prestasi pasaran tunai pendasar.

Pada 10.10 pagi, kontrak Mei 2026 susut 5.0 mata kepada 1,726.50, Jun 2026 turun 4.0 mata kepada 1,725.0, September 2026 berkurang 3.0 mata kepada 1,707.50 dan Disember 2026 menyusut 2.0 mata kepada 1,708.50.

Jumlah dagangan sebanyak 2,993 lot dengan kepentingan terbuka berjumlah 33,796 kontrak.

Pada 10.12 pagi, FBM KLCI turun 7.71 mata kepada 1,719.56 daripada paras 1,727.27 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2559268