SUKAN

Malaysia Masters: Juara Dunia Mara Ke Pusingan Kedua

20/05/2026 10:32 PM

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Pemain beregu campuran utama negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan kedua Malaysia Masters selepas menumpaskan gandingan dari Kanada Jonathan Lai-Crystal Lai, hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Unifi Arena, juara dunia itu tidak berdepan masalah untuk menumpaskan lawannya dengan kemenangan straight set 21-6, 21-15 dalam tempoh 24 minit.

“Saya rasa ia permulaan yang baik untuk hari ini, dan harap esok boleh buat lagi baik,” kata Tang Jie ketika ditemui selepas perlawanan.

Menanti Tang Jie-Ee Wei pada pusingan kedua esok ialah pasangan Indonesia Amri Syahnawi-Nita Violina Marwah, yang menewaskan beregu India Rohan Kapoor-Gadde Ruthvika Shivani 21-16, 20-22, 21-10

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2559723