BEIJING, 19 Mei (Bernama-CMG) -- Naib Perdana Menteri China He Lifeng menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pengeluar cip Amerika Syarikat (AS), Advanced Micro Devices (AMD) Lisa Su di sini, pada Isnin.
He, yang juga Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) berkata, Presiden China Xi Jinping dan Presiden AS Donold Trump telah mengadakan rundingan di Beijing minggu lepas serta mencapai beberapa konsensus penting.
Menurut beliau, di bawah pimpinan strategik pemimpin tertinggi China dan AS, delegasi ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara turut mencapai hasil yang seimbang dan positif, sekali gus memberikan lebih banyak kepastian serta kestabilan kepada kerjasama ekonomi dan perdagangan dua hala, selain ekonomi dunia.
Beliau mengalu-alukan syarikat multinasional termasuk AMD untuk merebut peluang pembangunan China bagi meningkatkan kerjasama yang saling menguntungkan.
Sementara itu, Lisa Su memuji hasil pertemuan sidang kemuncak AS-China dan menzahirkan kesediaan AMD untuk memperluas urus niaga serta meningkatkan pelaburan di China.
-- BERNAMA-CMG