AM

Ribut Petir, Angin Kencang Landa Seluruh Negeri Utara Hingga 12 Tengah Hari Ini

16/05/2026 09:49 AM

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh negeri di utara Semenanjung serta beberapa kawasan di Pahang, Johor, Sabah dan Labuan hingga 12 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada 9 pagi memaklumkan, keadaan cuaca itu dijangka berlaku di seluruh Perlis, Kedah dan Pulau Pinang selain Labuan.

Di Perak, kawasan yang diramal terjejas meliputi daerah Kerian; Larut, Matang Dan Selama; Hulu Perak dan Kuala Kangsar.

Bagi negeri Pahang, amaran dikeluarkan untuk kawasan Rompin, manakala di Johor melibatkan daerah Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sementara itu di Sabah, cuaca sama dijangka berlaku di kawasan Pedalaman (Kuala Penyu) dan Tawau (Tawau).

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2557689