PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

29/04/2026 10:49 AM

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah di Bursa Malaysia Derivatives hari ini, berbanding prestasi pasaran tunai.

Pada 9.55 pagi, kontrak April 2026 susut empat mata kepada 1,722.0, manakala kontrak Mei 2026 dan Jun 2026 masing-masing turun 4.5 mata kepada 1,721.5 dan 1,720.0. Kontrak September 2026 pula merosot 2.5 mata kepada 1,703.5.

Jumlah dagangan berjumlah 7,149 lot, manakala kepentingan terbuka sebanyak 57,266 kontrak.

Selepas sejam pertama dagangan, FBM KLCI susut 5.93 mata kepada 1,723.67 berbanding paras 1,729.60 ketika ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA

KEYWORDS
    
RELATED NEWS
MORE NEWS
© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2550703