KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi pasaran tunai yang stabil.
Kontrak April 2026 naik 8.0 mata kepada 1,726.00, Mei 2026 meningkat 8.5 mata kepada 1,726.00, Jun 2026 menambah 5.0 mata kepada 1,724.5 dan September 2026 menokok 6.0 mata kepada 1,706.00.
Jumlah dagangan melonjak kepada 87,431 lot daripada 65,737 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 123,079 kontrak daripada 99,503 kontrak semalam.
Pada 5 petang, FBM KLCI naik 12.33 mata kepada 1,729.60 daripada 1,717.27 pada Isnin.
-- BERNAMA