DUNIA

UAE Keluar OPEC, Tidak Runding Secara Langsung Dengan Pihak Lain - Menteri Tenaga

28/04/2026 09:37 PM

KUALA LUMPUR, 28 April (Reuters) -- Menteri Tenaga Emiriah Arab Bersatu (UAE) memberitahu Reuters pada Selasa bahawa tindakan keluar daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan OPEC+ memberikan negara itu fleksibiliti memandangkan ia tidak lagi mempunyai sebarang obligasi di bawah kumpulan berkenaan.

Beliau turut menyatakan bahawa UAE tidak berunding secara langsung dengan pihak lain, termasuk Arab Saudi, sebelum keputusan itu dibuat.

-- REUTERS

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2550620