PASARAN

Permintaan Berterusan Pacu Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

27/04/2026 07:45 PM

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan dengan lebih tinggi pada Isnin walaupun pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS) suram di tengah-tengah permintaan berterusan terhadap aset selamat berkenaan.

Pada akhir dagangan, kontrak bulan semasa April 2026 naik kepada US$4,716.70 setiap auns troy daripada US$4,697.70 pada Jumaat manakala kontrak Mei 2026 naik kepada US$4,739.20 setiap auns troy berbanding US$4,720.20 minggu lepas.

Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 juga ditutup lebih tinggi pada US$4,754.70 setiap auns troy berbanding US$4,735.70 sebelumnya.

Jumlah dagangan bagaimanapun berkurangan kepada enam lot daripada 20 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka susut kepada 66 kontrak daripada 74 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal pada US$4,711.65 setiap auns troy menerusi penetapan London Bullion Market Association pada 24 April 2026.

-- BERNAMA


 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2550109