DUNIA

Agensi Tenaga Antarabangsa Jangka Perubahan Dalam Industri Akibat Krisis Bahan Api

23/04/2026 01:04 PM

BERLIN, 23 April (Bernama-dpa) -- Dunia sedang berdepan krisis tenaga terbesar berbanding sebelum ini dan pasaran berkemungkinan akan membuat perubahan drastik berikutan situasi yang meruncing.

Ketua Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) Fatih Birol berkata demikian pada persidangan iklim di Berlin pada Rabu, lapor agensi berita Jerman dpa.

Birol, bercakap pada Dialog Iklim Petersberg, menyatakan bahawa terdapat tindak balas strategik selepas krisis minyak pada tahun 1970-an, yang mengakibatkan penggunaan bahan api sebanyak 20 liter bagi setiap 100 kilometer dikurangkan separuh.

Satu lagi reaksi pada masa itu ialah pengembangan kuasa nuklear, katanya.

Birol berkata orang ramai kini lebih bersedia untuk membuat perubahan berbanding 50 tahun lepas kerana teknologi yang diperlukan seperti tenaga boleh diperbaharui dan kenderaan elektrik kini tersedia.

-- BERNAMA-dpa

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2548383