PUTRAJAYA, 21 April (Bernama) -- Seorang lelaki warga asing maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat enam sebuah kondominium di Cyberjaya, dekat dsini, semalam.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap oleh orang awam di tepi blok kondominium berkenaan kira-kira pukul 6 petang.
“Mangsa berusia lingkungan 30-an disyaki terjatuh dari tingkat enam unit kediaman yang didiaminya di bangunan tersebut. Pemeriksaan lanjut oleh pasukan forensik di lokasi kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR) dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik dan Patologi Hospital Cyberjaya untuk bedah siasat.
-- BERNAMA