Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 20 April (Bernama) -- Ibu Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam, Sarvambikai Shanmugaratnam, meninggal dunia pada usia 99 tahun lewat petang Ahad, menurut Pejabat Presiden.
Pejabat Presiden mengesahkan mendiang meninggal dunia pada Isnin dan memaklumkan bahawa mendiang “dikremasi sejurus selepas itu dalam satu upacara tertutup”, lapor The Straits Times.
“Kami memohon agar privasi keluarga dihormati dalam tempoh ini,” menurut pejabat itu.
Menurut obituari yang disiarkan di portal Obits.sg, Sarvambikai dilahirkan pada 5 Julai 1926 di Kuala Lumpur dan berkahwin dengan mendiang Prof Kanagaratnam Shanmugaratnam yang meninggal dunia pada 2018.
Mendiang meninggalkan tiga anak, empat cucu dan dua adik perempuan.
-- BERNAMA