DUNIA

Setiausaha Agung NATO Tolak Tanggapan Mengenai AS Tarik Diri

19/04/2026 08:14 PM

BERLIN, 19 April (Bernama-Xinhua) -- Setiausaha Agung NATO Mark Rutte menolak tanggapan bahawa Amerika Syarikat (AS) mungkin menarik diri daripada perikatan itu dalam satu wawancara yang diterbitkan pada Sabtu, lapor Xinhua.

Dalam wawancara dengan akhbar Jerman WELT AM SONNTAG, Rutte berkata beliau tidak fikir bahawa AS akan keluar daripada NATO, namun menegaskan keperluan Eropah yang lebih kukuh dalam sebuah perikatan yang lebih kuat.

Kenyataan itu dibuat ketika ketegangan semakin memuncak selepas Donald Trump mengkritik sekutu Eropah kerana enggan menyokong perang dengan Iran, menyifatkan mereka sebagai pengecut, dan pada masa sama membayangkan kemungkinan AS keluar daripada NATO.

Menurut Rutte, Trump jelas kecewa dengan beberapa anggota NATO. 

Beliau berkata bahawa beliau memahami kekecewaan presiden AS itu dan menegaskan perlindungan keselamatan AS, termasuk keupayaan nuklearnya kekal sebagai jaminan utama kepada keselamatan Eropah.

-- BERNAMA-XINHUA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2546762