PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

26/03/2026 07:02 PM

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, selari dengan pasaran tunai asas.

Pada penutupan, kontrak Mac 2026 jatuh 6.0 mata kepada 1,710.0, April 2026 susut 5.0 mata kepada 1,712.5, Jun 2026 merosot 4.5 mata kepada 1,710.0 dan September 2026 melemah sebanyak 4.0 mata kepada 1,692.5.

Jumlah dagangan melonjak kepada 72,802 lot berbanding 19,617 lot yang dicatatkan semalam, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 106,155 kontrak daripada 52,401 kontrak.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 5.79 mata kepada 1,710.89 daripada 1,716.68 yang direkodkan pada hari Rabu.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2537923