KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan pasaran tunai pendasar.
Pada penutupan dagangan, kontrak Mac 2026 menambah 11 mata kepada 1,716.0, April 2026 meningkat 10.5 mata kepada 1,717.5, Jun 2026 menokok 10 mata kepada 1,714.5 dan September 2026 naik 12.5 mata kepada 1,696.5.
Jumlah dagangan melonjak kepada 19,617 lot daripada 9,667 lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 52,401 kontrak daripada 42,750 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 7.92 mata atau 0.46 peratus kepada 1,716.68 daripada 1,708.76 semasa ditutup pada Selasa.
-- BERNAMA