JENAYAH & MAHKAMAH

Sebuah Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Kuala Nerus

22/03/2026 11:12 PM

KUALA NERUS, 22 Mac (Bernama) -- Sebuah rumah yang didiami enam sekeluarga musnah dalam kebakaran di Kampung Gong Kijang, Bukit Tunggal, dekat sini petang tadi.

Komander Operasi Mohd Zaharim Yusof berkata tiga jentera bomba dengan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kota digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.25 petang.

Beliau berkata pihaknya berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 16 minit sebaik tiba di lokasi pada 4.39 petang.

"Rumah jenis separuh kekal itu yang berkeluasan 40 x 60 kaki persegi dianggar 90 peratus terbakar," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zaharim berkata kejadian berkenaan tidak melibatkan kemalangan jiwa dengan pemeriksaan lanjut masih dijalankan.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2536695