KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi pasaran tunai pendasar.
Pada 9.45 pagi, kontrak Mac 2026 meningkat 33.50 mata kepada 1,673.0, April 2026 naik 32.00 mata kepada 1,674.0, Jun 2026 menambah 31.0 mata kepada 1,672.0, manakala September 2026 meningkat 33.00 mata kepada 1,655.0.
Jumlah dagangan sebanyak 3,025 lot dengan kepentingan terbuka sebanyak 38,183 kontrak.
Indeks FBM KLCI meningkat 25.32 mata kepada 1,699.49 selepas 50 minit dagangan berbanding paras 1,674.17 ketika ditutup semalam.
-- BERNAMA