KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tidak berubah pada Isnin.
Pada penutup dagangan, kontrak Mac 2026, April 2026, dan Jun 2026 masing-masing kekal tidak berubah pada 1,690.5, 1,693.0 dan 1,693.5, manakala kontrak September 2026 merosot 3.0 mata kepada 1,674.0.
Jumlah dagangan meningkat kepada 13,987 lot berbanding 6,470 lot pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 49,323 kontrak daripada 41,869 kontrak sebelum ini.
Pada 5 petang, FBM KLCI merosot 43.89 mata, atau 2.56 peratus, untuk ditutup kepada 1,674.17 daripada 1,718.06 ketika ditutup Jumaat lepas.
-- BERNAMA