KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka sejajar dengan pasaran tunai minggu depan, kata para peniaga.
Mereka berkata pelabur mungkin akan mengambil pendirian tunggu dan lihat mengenai konflik Timur Tengah yang sedang berlaku.
Pada asas Jumaat kepada Jumaat, kontrak Mac 2026 susut 2.5 mata kepada 1,690.5, bulan kontrak baharu April 2026 pada 1,693.0, manaka Jun 2026 merosot 3.5 mata kepada 1,693.5 dan September 2026 berkurangan empat mata kepada 1,677.0.
Jumlah dagangan pada minggu ini susut kepada 48,599 lot daripada 186,274 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka merosot kepada 41,869 kontrak daripada 55,274 kontrak sebelum ini.
Bagi asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI menambah 1.45 mata kepada 1,718.06 daripada 1,716.61 sebelumnya.
-- BERNAMA