PASARAN

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

06/03/2026 06:21 PM

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, mencerminkan ketidaktentuan dalam pasaran ekuiti global di tengah-tengah konflik Timur Tengah yang berterusan.

"Saham-saham Asia ditutup bercampur-campur pada hari Jumaat tetapi menuju ke arah kerugian mingguan yang mendadak selepas sentimen terjejas akibat konflik di Timur Tengah," kata seorang peniaga kepada Bernama.

Bagaimanapun, beliau berkata kenaikan harga minyak mentah telah mengehadkan kerugian dalam getah. 

"Harga minyak kekal di landasan untuk lonjakan mingguan apabila konflik yang semakin memuncak di Timur Tengah telah mencetuskan kebimbangan terhadap gangguan bekalan global," katanya.

Pada masa ini, harga minyak mentah Brent bertambah sebanyak 0.52 peratus kepada US$85.85 setong. 

Pada 3 petang, harga SMR 20 turun 50 sen kepada 782.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal naik 5.50 sen kepada 648 sen sekilogram.

-- BERNAMA

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2531218