TEHRAN, IRAN, 5 Mac (Bernama-Anadolu) -- Tentera Israel melancarkan gelombang baharu serangan udara di ibu negara Iran pada Rabu malam, dengan bunyi letupan kedengaran di seluruh kawasan barat Tehran, lapor Anadolu Ajansı.
Menurut kenyataan tentera Israel, serangan udara itu menyasarkan infrastruktur ketenteraan milik rejim Iran di sekitar Tehran.
Stesen penyiar negara Iran, Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) melaporkan letupan kedengaran di beberapa kawasan di barat Tehran.
Maklumat mengenai angka kematian atau kerosakan masih belum diperoleh.
Israel dan Amerika Syarikat meneruskan serangan berskala besar ke atas Iran sejak Sabtu, yang meragut nyawa hampir 900 orang termasuk Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei serta pegawai tertinggi tentera.
Tehran kemudian bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta beberapa negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan Amerika Syarikat.
-- BERNAMA-ANADOLU