EKONOMI

Unit Sunview Raih Kontrak Loji Janakuasa Solar Bernilai RM289.71 Juta

05/03/2026 03:09 PM

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Sunview Group Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, Fabulous Sunview Sdn Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM289.71 juta daripada Malakoff Evergreen Sdn Bhd bagi membangunkan loji janakuasa solar fotovolta di Bintulu, Sarawak.

Malakoff Evergreen merupakan anak syarikat milik 70 peratus Tuah Utama Sdn Bhd, yang seterusnya dimiliki sepenuhnya oleh Malakoff Corporation Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Sunview berkata tertakluk kepada sebarang keadaan luar jangka, projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan Sunview dan anak syarikatnya sepanjang tempoh pelaksanaan projek berkenaan.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2530674