PASARAN

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Didorong Konflik AS-Iran

04/03/2026 06:13 PM

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini berikutan sentimen pasaran terjejas oleh konflik geopolitik yang meningkat antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, kata peniaga.

Beliau berkata situasi itu telah meningkatkan ketidaktentuan mengenai ekonomi AS dan prospek dasar monetarinya.

“Pergerakan pasaran getah turut seiring dengan penurunan niaga hadapan getah serantau.

“Selain itu, sentimen pasaran kekal berhati-hati susulan laporan ekonomi China yang lembap, terutamanya daripada penurunan mendadak jualan automotif,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, katanya momentum penurunan pasaran itu sebahagiannya diimbangi oleh lonjakan harga minyak mentah global dan ringgit yang rendah berbanding dolar AS.

Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 merosot 6.5 sen kepada 787.0 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik 6.5 sen kepada 637.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2530384