AM

Banjir Sabah: 377 Orang Masih Berlindung Di PPS Petang Ini

02/03/2026 05:32 PM

KOTA KINABALU, 2 Mac (Bernama) -- Sebanyak 377 orang daripada 136 keluarga terjejas banjir di Sabah masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 4 petang ini.

Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah, jumlah itu menunjukkan penurunan ketara berbanding 470 orang daripada 180 keluarga tengah hari tadi.

“Semua penduduk kampung yang terjejas banjir di Beaufort masih berlindung di PPS Dewan Dun Banir,” menurut kenyataan itu.

Sebanyak 93 kampung di Beaufort terjejas akibat banjir.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan tiada hujan di Sabah pagi ini, namun beberapa tempat di kawasan pedalaman dijangka mengalami ribut petir serta hujan pada sebelah petang dan malam.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2529556