KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada Isnin.
Pada 10.13 pagi, kontrak Februari 2026 menambah tiga mata kepada 1,749.00, Mac 2026 naik 3.5 mata kepada 1,730.00, Jun 2026 meningkat 5.5 mata kepada 1,737.00 dan September 2026 mendatar pada 1,719.50.
Jumlah dagangan sebanyak 4,082 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 44,131 kontrak.
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.05 mata kepada 1,755.88 selepas sejam dagangan daripada 1,752.83 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA