PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah Dalam Dagangan Awal

11/02/2026 11:55 AM

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah pada Rabu.

Pada 10.07 pagi, kontrak Februari 2026 turun 3.5 mata kepada 1,750.50, Mac 2026 berkurangan 4.0 mata kepada 1,727.0, Jun 2026 merosot 2.5 mata kepada 1,733.0 dan September 2026 merosot 1.0 mata kepada 1,721.0.

Jumlah dagangan mencatatkan 1,953 lot dengan kepentingan terbuka sebanyak 38,047 kontrak.

Bagaimanapun, dalam pasaran tunai, FBM KLCI meningkat 1.18 mata kepada 1,748.72 pada 10.32 pagi.

Indeks penanda aras itu dibuka 3.69 mata lebih tinggi pada 1,751.23 berbanding paras 1,747.54 ketika ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2522622