DUNIA

50 Hilang Selepas Bot Terbalik Di Mediterranean

26/01/2026 03:21 PM

ROM, 26 Jan (Bernama-Xinhua) -- Sebuah bot yang membawa 51 migran terbalik baru-baru ini di Mediterranean, hanya seorang mangsa sahaja yang disahkan selamat manakala 50 yang lain masih hilang, menurut media tempatan, lapor Xinhua.

Satu-satunya mangsa yang terselamat telah diselamatkan oleh sebuah kapal dagang dan dibawa ke hospital di Malta untuk rawatan.

Menurut mangsa tersebut, bot berkenaan bertolak dari Libya pada Khamis dan terbalik pada keesokan harinya.

Dia berpaut pada bangkai bot dan hanyut di laut sehingga berjaya diselamatkan.

Susulan kemalangan itu, operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan, namun 50 orang masih belum ditemukan.

Data daripada Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) menunjukkan bahawa 14 orang telah hilang atau disahkan maut di Mediterranean sejak awal tahun ini.

Jumlah kematian dan kehilangan mencecah 1,873 orang di sepanjang laluan tersebut pada 2024.

-- BERNAMA-XINHUA

KEYWORDS
     
RELATED NEWS
MORE NEWS
© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2516877