Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang Datuk Rohaizad Ali (empat, kanan) bersama pegawainya menunjukkan rokok pelbagai jenama dan minuman keras dengan anggaran nilai barangan serta cukai bernilai RM21.88 juta selepas berjaya menyita tiga buah kontena di sekitar negeri Pulau Pinang ketika mengadakan sidang media di Kompleks Penguasaan JKDM Negeri hari ini.