KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dikejutkan seawal pusingan pertama kejohanan badminton Masters Indonesia 2026 yang berlangsung hari ini.
Pilihan utama kejohanan itu terpaksa berputih mata selepas tewas dalam pertarungan tiga set 22-20, 19-21, 16-21 di tangan gandingan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard pada kejohanan berstatus Super 500 itu.
Kekalahan tersebut hadir selang beberapa hari selepas kedua-dua mereka kandas di separuh akhir Terbuka India.
Turut mengakhiri saingan pusingan pertama beregu wanita negara, Ong Xin Yee-Carmen Ting yang tewas kepada pilihan keenam kejohanan dari Jepun Kaho Osawa-Mai Tanabe 19-21, 18-21.
-- BERNAMA