Masjid Habib yang terletak di Bandar Tanjong Pinang, di sini yang siap dibina sepenuhnya dengan kos sebanyak RM30 juta, kini secara rasmi diisytiharkan sebagai Masjid Daerah Timur Laut, sekali gus menjadi pusat ibadah dan komuniti baharu di Pulau Pinang.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib Datuk Seri Meer Sadik Habib berkata pembinaan yang bermula tahun 2022 itu, adalah bagi merealisasikan impian murni Allahyarham ayahnya Datuk Habib Mohamed Abdul Latif untuk membina sebuah masjid di kampung halaman keluarga mereka di Pulau Pinang.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA