DUNIA

Maghribi, Senegal Mara Ke Final Piala Negara-negara Afrika

15/01/2026 08:18 PM

RABAT, 15 Jan (Bernama-Xinhua) -- Senegal menempah slot ke final Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) selepas menundukkan Mesir 1-0 pada Rabu, manakala Maghribi selaku tuan rumah mengatasi Nigeria 4-2 melalui penentuan sepakan penalti, lapor Xinhua.

Sadio Mane menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika masa permainan sebenar berbaki kira-kira 10 minit dalam aksi di Stadium Ibn Batouta, Tangier sekali gus memastikan penampilan final ketiga buat Senegal dalam empat edisi AFCON sejak 2019.

Sementara itu, dalam aksi di Stadium Moulay Abdellah, Rabat, Maghribi berjaya mengatasi Nigeria menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan selama 120 minit, untuk melangkah ke final AFCON pertamanya sejak 2004.

Perlawanan akhir akan berlangsung pada Ahad di Stadium Moulay Abdellah.

-- BERNAMA-XINHUA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2512923