DUNIA

AS Hentikan Sementara Proses Visa Untuk 75 Negara - Laporan Media

15/01/2026 09:09 AM

WASHINGTON, 14 Jan (Bernama-Xinhua) -- Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menghentikan sementara semua pemprosesan visa bagi 75 negara, termasuk Somalia, Rusia, Afghanistan, Brazil, Iran, Iraq, Mesir, Nigeria, Thailand dan Yaman, lapor Xinhua memetik laporan Fox News pada Rabu.

Penggantungan itu akan bermula pada 21 Jan dan akan diteruskan untuk tempoh yang tidak ditetapkan sehingga jabatan berkenaan menjalankan penilaian semula terhadap proses pemprosesan visa, menurut laporan itu.

Perkembangan terbaru itu dibuat sehari selepas Rumah Putih mengumumkan penamatan status perlindungan sementara (TPS) untuk pendatang Somalia susulan dakwaan penipuan di Minnesota.

Pada Isnin, jabatan itu menyatakan menerusi media sosial bahawa lebih 100,000 visa dibatalkan sejak Presiden Donald Trump memegang jawatan hampir setahun lalu.

-- BERNAMA-XINHUA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2512580