KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) mengumumkan peletakan jawatan Jeneral (Bersara) Tan Sri Zamrose Mohd Zain sebagai pengarah syarikat itu berkuat kuasa 12 Januari.
Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa, berkata Zamrose, 64, meletakkan jawatan sebagai pengarah bukan eksekutif bukan bebas bagi meneruskan kepentingan lain.
Sementara itu, dalam makluman berasingan, Zamrose turut meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Risiko berkuat kuasa tarikh yang sama.
“Syarikat ini sedang dalam proses mengenal pasti pengganti pengerusi Jawatankuasa Risiko dan Kemampanan,” tambah syarikat pembinaan kapal itu.
-- BERNAMA