DUNIA

Runtuhan Tapak Pelupusan Sampah Di Filipina: Angka Kematian Meningkat Kepada 20 Orang

15/01/2026 12:03 AM

MANILA, 14 Jan (Bernama-Xinhua) -- Angka kematian akibat kejadian runtuhan tapak pelupusan sampah di bandar Cebu, tengah Filipina meningkat kepada 20 orang, ketika pasukan penyelamat meneruskan operasi mencari 16 pekerja yang masih hilang pada Rabu, menurut pihak berkuasa, lapor Xinhua.

Pegawai bandar Cebu memaklumkan yang jumlah mangsa yang berjaya diselamatkan kekal 18 orang, kesemuanya mengalami kecederaan selepas sebahagian tapak pelupusan sampah itu runtuh dan menghempap sebuah bangunan pada 8 Jan.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan ketika pihak berkuasa berdepan kekangan masa dalam usaha mengesan mangsa yang masih hilang.

-- BERNAMA-XINHUA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2512550