Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Lim Hui Ying (tiga kanan), menyampaikan sumbangan RM50,000 kepada Presiden Persatuan Cerebral Palsy Pulau Pinang, Ng Fook On (tiga kiri), bagi menyokong usaha berterusan persatuan itu dalam memperkukuhkan program sedia ada, meningkatkan kualiti penjagaan, serta terus membantu kanak-kanak dan keluarga yang bergantung pada pusat tersebut.